ONEXOX
BannerFans.com

Bangkai Ikan 18 Kaki Ditemui Di California

on Thursday, October 17, 2013

Bangkai ikan gergasi, dipercayai hidupan laut yang sering diceritakan dari mulut ke mulut sejak sekian lama dalam kalangan penduduk setempat ditemui di Pulau Catalina, Selatan California.

Bangkai ikan besar yang ditemui oleh Jasmine Santana, pelatih marin yang sedang menyelam di pulau berkenaan itu memerlukan tenaga 15 orang untuk mengangkutnya ke darat.



Memiliki panjang lebih 18 kaki, tidak hairanlah haiwan ini sering dirujuk sebagai ular besar apabila diceritakan mereka yang pernah melihat kelibatnya di laut.

Dipercayai ia adalah ‘oarfish’ yang boleh membesar hingga 50 kaki.





Spesies ini bagaimanapun jarang dilihat kerana ia hidup pada kedalaman 3,000 kaki di dasar laut. Ia dipercayai mati kerana sebab semulajadi.

Bangkai berkenaan dirancang untuk diawet dan dijadikan tarikan terbaru pelancong ke pulau tersebut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved