Bagi Mohd. Noor, 47, tuduhan itu sebaliknya telah menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk berjalan kaki sehingga akhirnya berjaya menamatkan perjalanan sejauh 600km di Putrajaya semalam.
Dia yang bertugas sebagai pembantu rendah am di Yayasan Islam Terengganu berkata, tuduhan itu seolah-olah mahu memperlekehkan niatnya tetapi dia tetap tabah ketika memulakan perjalanan pada 22 September lalu.
“Apabila saya bernazar untuk berjalan kaki ke Putrajaya selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Julai lalu, saya tidak dijanjikan dengan apa-apa ganjaran wang tunai.
“Mesej utama yang saya ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan belia adalah semangat juang dan tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara, bukan ganjaran wang ringgit.
“Semua wang yang diterima daripada penaja bukan masuk ke dalam poket saya tetapi diuruskan oleh sekretariat dan saya difahamkan wang itu juga akan disumbangkan kepada rumah kebajikan,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas menamatkan cabaran Walk4Malaysia di sini semalam.
Mohd. Noor menamatkan cabaran Walk4Malaysia dengan mengambil masa selama 13 hari yang bermula pada 22 September lalu di Dataran Kuala Besut. Beliau berhenti di 13 destinasi sebelum tiba di Putrajaya.
Ketibaannya disambut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.
Menurut Mohd. Noor, Walk4Malaysia bukan hanya bertujuan menunaikan nazarnya, malah ia menterjemahkan sokongan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak membantu rakyat.
“Apabila pemimpin telah mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat, mereka perlu membela nasib rakyat dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada kami,” katanya.
Menceritakan pengalamannya berjalan kaki selama 13 hari dari Kuala Besut ke Putrajaya, Mohd. Noor berkata, dia terpaksa berjalan kaki sekurang-kurangnya 46 kilometer sehari.
Katanya, sepanjang perjalanan itu, dia terpaksa menghadapi pelbagai cabaran termasuk dirinya mengalami kepenatan melampau selain tapak kaki yang melecur kerana cuaca panas.
Selain itu, dia turut mendakwa diganggu oleh makhluk halus sebanyak lima kali sepanjang perjalanan tersebut.
“Setiap hari saya memulakan perjalanan seawal pukul 6 pagi dan hanya akan berhenti rehat kira-kira 15 minit setelah berjalan selama empat jam sebelum menamatkannya sekitar pukul 11 malam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
chayok...chayok...
October 4, 2013 at 4:09 PM
Post a Comment