ONEXOX
BannerFans.com

Gangguan bekalan air di Tampin, Jempol pada 8 Okt

on Friday, October 4, 2013

SEREMBAN, (Bernama) - Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini (8 Okt) berikutan kerja penambahbaikan loji rawatan di Pasir Besar, Gemas dan Jempol.



Menurut kenyataan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), gangguan di kawasan Tampin membabitkan seluruh Felda Sungai Kelamah, Kampung (Kg) Sungai Dua, Kg Tenai, Kg Air Gelugor, Kg Gedok Sawah, Majuternak, Kg Kurnia Diraja, Kilang Papan Jalan Gemas, Kg Londah, Kg Ladang, Kg Bangkahulu, Kg Ulu Ladang, Taman Halacara Baru, Ladang Tabung Haji, Felcra Jelai, Felda Jelai 1,2,3 dan 4, Felda Pasir Besar, Kg Pasir Besar serta Felda Palong 1. Di Jempol, kawasan yang terlibat ialah Felda Raja Alias (1,2,3 dan 4), Air Hitam, seluruh kawasan Lui (Lui Barat, Timur, Selatan dan Sg Lui), Bahau, Serting Hilir, Serting Hulu, Gekko, Ladang Gaddes, Serampang Indah, Bayai dan Batu Kikir.





Bekalan akan disambung semula selepas tempoh itu secara berperingkat. Kerja penambahbaikan loji rawatan merupakan sebahagian usaha berterusan Sains dalam mempertingkat mutu bekalan air bagi kepentingan pelanggan pada masa akan datang. Pengguna yang memerlukan perkhidmatan air pada hari berkenaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved