Baca dari komen dan respon balas dari pembaca blog dan laman sosial,rata-rata memberikan tohmahan dan pandangan buruk dan semestinya boleh menjejaskan kreadibiliti Dr. Azizan Osman dan jika berlanjutan isu ini,mungkin juga boleh memberi kesan kepada program yang dianjurkan olehnya.Bagi menjawab segala tohmahan ini,beliau mengeluarkan kenyataan di laman sosial beliau.
Saya kantoi menipu?
Asalnya saya tidak bercadang untuk komen kerana Puan Hajah Yasmin, CEO Richworks telah bersuara mengenai isu ini sebelum ini. Tetapi di atas permintaan ramai inbox saya terima dari anak murid saya, saya kongsikan di sini perasaan saya.
Saya rasa sedih pun ada, rasa kecewa pun ada, rasa marah pun ada. Itulah yang saya rasa beberapahari ini bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat viral provokasi kononnya [Dr Azizan kantoi menipu] di laman media sosial beberapa hari ini. Jujurnya saya agak terperanjat bila diberitahu ada lagi percubaan orang yang cuba fitnah dan memburukkan nama saya sedangkan saya baru sahaja selesai mengadakan sesi perkongsian ilmu bagaimana membina hidup berjaya dunia akhirat dengan kembali kepada sunnah berniaga selama 3-hari di satu program bernama Intensif Jutawan Industri bersama lebih 4,300 orang, tak ada pula saya dapat komen saya menipu di dalam program yang saya ada di hadapan mereka?
Rupa-rupanya ia satu isu basi yang cuba di “spin” kan untuk menarik orang ke laman web mereka. Isu cik peserta ini sebenarnya adalah satu salah faham yang telah pihak CEO baru Richworks iaitu Hjh Yasmin telah selesaikan sebelum ini cuma kesilapan kami ialah tidak meminta cik peserta tersebut menurunkan posting tersebut tetapi beliau telah menjelaskan di FB beliau yang ianya telah selesai dengan baik di kedua-dua pihak. Saya kecewa bukanlah kerana nama saya di promosikan begitu rupa, tetapi saya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat saya yang mempunyai daya pemikiran yang sangat cetek. Saya mungkin dituduh menipu oleh 1 atau 2 orang dan boleh sembunyi daripada apatah lagi 4,000 lebih peserta yang hadir live bersama saya siang malam? Saya memperjuangkan agar bangsa saya bangkit membina kekuatan ekonomi dan kembali menguasai perniagaan serta membina tahap kewangan yang membuatkan kita mampu berzakat dan bersedekah dengan banyak. Salahkah saya? Jika anda tidak suka saya, sesi seminar saya bukan untuk anda tetapi buat mereka yang mahu memperbaiki tahap hidup mereka. Kita bangsa yang banyak hutang, banyak masalah moral, banyak persengketaan politik serta langsung tidak ada kekuatan ekonomi. Bila lagi kita mahu bangkit??
Nasihat saya kepada mereka, bertaubatlah jika anda muslim. Setiap perkara baik yang kita lakukan, malaikat catit dan pasti Allah swt balas, begitulah sebaliknya. Hidup ini tidak lama dan kita perlu menempuh kematian, alam barzah dan pertimbangan serta keadilan di Mahsyar nanti. Saya doakan hidayah buat mereka ini dan mereka yang terlibat menyebarkannya. Kesian sebenarnya kan?
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 14 comments... read them below or add one }
Bangsa Melayu paling banyak menyalahkan orang lain dari menyalahkan diri sendiri..Hassan Albana pernah berkata " setiap nikmat ada pendengki " DAO seorang anak Melayu yang berani tampil mengejutkan bangsanya yg lena tidur beratus tahun..
October 5, 2013 at 4:47 AM
Kalau nk tlg melayu pn xyah la nk charge smpai bribu2...poyo la ko gemuk...
October 5, 2013 at 6:15 AM
itulah org melayu, nk free/murah manjang. kuar duit kedekut. beli smartfon mahal2 bole pulak? iphone, ipad? dpt ke 20-30hengget? china mari pun x dpt tau! byr astrok bulan2 bole pulak? pakai tb HD buleh pulak byr ribu2.
pakai akal sikit.
October 5, 2013 at 8:26 AM
TOTO? tolong orang,tipu orang????? dalam dunia perniagaan perlu berani jatuh bangun sudah jadi adat..jika anda kelulusan master atau apa2 sahaja,tidak semestinya tiket untuk berjaya, yang penting pengelaman,pergaulan anda dan juga produk yang dibawa untuk dijualkan kepada penguna apakan ianya produk laris dipasaran. mutu produk mainkan peranan yang cukup besar.harga apakan ianya berbaloi dengan mutu produk.disini kita balik kepada setiap program yang dijalankan oleh syarikat2,ada juga yang hanya sekadar cari makan dengan bermodal cakap2.jika setiap perserta dikenakan bayaran cecah ribuan ringgit.jika Rm1000 anda keluarkan,berapa lama anda simpan duit sebanyak itu dalam satu jam anda sudah laburkan yang hasilnya belum tentu lagi anda akan dapat.disini anda fikirlah....
October 5, 2013 at 11:24 AM
Sibuk lah nak jaga tepi kain org . Kalau rasa nak berjaya fikirlah mana terbaik. Bagi I yg mengikut program dao takda masalah kalau bayar yuran beribu then keluar program tu you boleh buat more then that bayaran kalau ikut betol modul dia bagi . So kenapa masalah sangat nak keluar kan duit utk benda baik mcm ni ? Bukan dia ajar kita tak payah solat or what. Bayaran tu berpatutan kerana manusia ni tak akan bersyukur , bergerak kalau tak kelua kan apa apa dulu.Cuba fikir kalau kita dpt ilmu tu percuma . Ada you all nak praktik kan ? Tak ada kan . Semua masuk telinga kanan keluar telinga kiri . So fikir lah
October 5, 2013 at 5:25 PM
tapi yg herannya lim goh tong ,andan krishna , syed mohhtar , bill gates tak penah pulak anjurkan program nak jadikan jutawan kat org- org...tunggu gak kelas kelas multi millinre nih...kwang kwang...so cuba fikir siapa yg kayakan siapa sekarang ni?
October 5, 2013 at 8:27 PM
hahah....orang kita memang suka bazir masa dengar cerita orang. tanpa ilmu camna nak kaya wok....takkan asyik nak dengar camna nak jadi kaya jer....realisasikan impian anda dengan tindakan bukan...dengan hadiri kursus. Mahal pulak tu.
October 21, 2013 at 8:54 PM
saya suka attend program Dr azizan, dia usahawan melayu yang kaya raya setelah penat menempuh jatuh bangun perniagaan. Dia memfokoskan untuk memajukan ekonomi bangsanya, tetapi orang melayu memang memang penuh dengan hasad dengki, bongkah dan pemalas tak boleh menerima teguran. sebab itu bile orang malayu lain berjaya mereka tak boleh menerima hakikat dan bermacam fitnah dan santau sihir dihantar untuk menjatuhkan bangsa sendiri. Saya sendiri Melayu yang berniaga dan alhamdulillah perniagaan sedang berkembang dengan baik. Walaupun penuh hasad dengki orang sekelililng yang Melayu juga cuba menjatuhkan semoga Allah senantiasa melindungi saya.
October 25, 2013 at 2:54 AM
Sebelum buat sesuatu perlu ada ilmu.dan ilmu itu bukan datang begolek.Ia perlu dicari/digali.Tiada yang percuma didunia ini.Hatta udara yang disedut setiap saat itu juga wajib dibayar dengan ketaqwaan kepada Allah.
October 27, 2013 at 11:50 PM
Bagi yang tak suka sila duduk diam-diam.Bukan boleh duitpun nak mengata2..Tak payah nak mengata kat orang percuma dapat dosa.Ilmu wajib dituntut.Hanya orang yang dangkal fikiran saja yang suka mengutuk orang ni...
October 30, 2013 at 6:00 AM
"DOKTOR" AZIZAN,
SATU SAJA SAYA NAK TANYA, "DOKTOR" ATAU "PHD" ATAU "D PHIL" YANG "DOKTOR" AZIZAN ARAK KE HULU KE HILIR TU DARI UNIVERSITI MANA?
PUAS SAYA TANYA, TAK PERNAH JAWAB. TOLONG JAWAB.
"DOKTOR" EXPOSE PENIPU (SAYA EXPERT TENTANG HAL NI)
October 30, 2013 at 7:18 PM
Aku pun xtau sblm ni dia berniaga apa yg aku tau dia cuma jual air liur je pastu caj yuran mahal2..
April 24, 2014 at 2:58 AM
Kalau tak tahu cerita jangan nak mandai2 create citer sendiri.
June 19, 2014 at 1:20 PM
Lepas ni nak niagaa guna air liuk je..konfem boleh kaya hehheh dunia skrg ni penipuan lebih manis dari kebenaran n hakikat hidup yg sebenar...rmai yg suka berangan jd kaya tapi x nak usaha...pg dgr motivasi beribu2 kaya kn org tu...tp balik hapak kosong...=p
June 23, 2014 at 3:36 PM
Post a Comment