ONEXOX
BannerFans.com

Kilang Roti Uli Tepung Guna Kaki Diarah Tutup!

on Thursday, October 10, 2013

PENANG – Dua belas premis makanan kotor termasuk sebuah kilang roti diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang setelah gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata hasil risikan dan maklumat awam mendapati amalan penyediaan roti di kilang di Bayan Baru itu tidak memenuhi standard kebersihan yang ditetapkan selain menggunakan peralatan kotor.

“Selain kebersihan premis tidak memuaskan, pekerjanya juga tidak memakai pakaian pengendali makanan lengkap seperti topi dan sarung tangan,” katanya pada sidang media di sini Rabu.
roti



Beliau berkata dalam ‘Ops Food Court’ selama tujuh jam berakhir pukul 1 pagi itu, sebanyak 115 premis makanan diperiksa dan sebilangan besar pemiliknya mempunyai kesedaran tinggi mengenai tatacara penyediaan makanan yang betul berikutan operasi seumpama itu kerap dilakukan dari semasa ke semasa.

Katanya daripada jumlah itu hanya sebuah premis diarah tutup bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) serta Seberang Perai Selatan (SPS) manakala Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya masing-masing lima buah.

“Antara kes lain yang dikesan adalah terdapat najis tikus serta lipas di dalam premis, bahan makanan diletakkan di atas lantai serta peti sejuk tidak berfungsi,” katanya.

Ku Nafishah berkata premis terbabit diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan mereka harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi dan dibenarkan berniaga semula.





Dalam operasi itu pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan 55 kompaun berjumlah RM4,600 atas kesalahan tidak menyediakan perangkap minyak pada saluran buangan dari dapur dan tidak mempamerkan lesen perniagaan.

Orang ramai boleh menghubungi jabatan itu di talian 04-2017277 jika mempunyai sebarang aduan melibatkan premis makanan kotor di negeri ini… lapor Bernama

Tapi tak detail laporan tu.. baca apa yang Kosmo siarkan di bawah ni..



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Kurang ajar!! Pijak2 pastu bg org mkn...mmg biadap....


October 10, 2013 at 2:17 AM
Anonymous said...

emmm...roti benggali tu.....adakah semua roti dibuat cam tu? rasanya gardenia tidak kot....


October 11, 2013 at 3:19 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved