ONEXOX
BannerFans.com

Zahid Hamidi Dibidas Berhubung Dakwaan Kenyataan "Tembak Dahulu", Gangster Sebagai "Kawan"

on Monday, October 7, 2013

PETALING JAYA: Beberapa peguam membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana komennya yang didakwa bahawa anggota gangster akan "ditembak dahulu" sekiranya bukti diperoleh serta dakwaan bahawa sekumpulan gangster adalah "kawan".

Mereka memberi komen terhadap rakaman yang dimuat naik di sebuah portal berita yang memetik Zahid sebagai berkata "I think the best way is that we no longer compromise with them (gangsters). There is no need to give them any more warning. If we get the evidence, we shoot first. (Saya fikir jalan terbaik adalah kita tidak perlu lagi berkompromi dengan mereka (gangster). Tidak perlu memberikan amaran lagi kepada mereka. Jika kita dapat bukti, kita tembak dahulu)."

Dalam klip video yang dirakam di sebuah majlis taklimat keselamatan di Melaka pada Sabtu, beliau turut didakwa berkata bahawa kumpulan penjenayah Tiga Line, yang disenaraihitamkan oleh polis dalam pertubuhan haram adalah "kawan-kawan".



Peguam hak asasi manusia, Edmund Bon berkata, dakwaan kenyataan Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertangungjawab terhadap undang-undang dan perintah "tidak sesuai dalam sebuah negara yang bertamadun".

"Ia anti-hak asasi manusia. Jika polis menembak semua suspek, kemudian ia akan meruntuhkan peraturan undang-undang dan tuntutan sistem keadilan bagi jenayah di negara ini," kata Bon.





Beliau menambah, penggunaan pistol dan menembak suspek sepatutnya digunakan sebagai mempertahankan diri dan jalan terakhir apabila tiada peluang memberkas mereka.

Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya menyifatkan dakwaan kenyataan Zahid sebagai "benar-benar menyalahi undang-undang".

"Dengan tembakan oleh pihak polis, ia seolah-olah memperlihatkan terdapat polisi yang tidak bertulis bahawa "tembak untuk bunuh". Apa yang dikatakan Zahid begitu membimbangkan kita," katanya.

Beliau menggesa supaya satu siasatan segera dilakukan terhadap dakwaan kenyataan Zahid yang dilihat sebagai sokongan secara terbuka terhadap tindakan menembak tanpa sebarang dakwaan atau prosedur operasi standard (SOP) dengan "membunuh".

"Tiada undnag-undang yang membenarkan orang untuk menembak orang lain hanya kerana (kononnya) mempunyai bukti. Daripada menembak suspek, sepatutnya menahan mereka dan mendakwa mereka," tambahnya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mempertahankan bahawa tiada undang-undang "tembak untuk membunuh' diluluskan di Malaysia.

"Kami tidak mengamalkannya di sini. Bila terdapat gangters, kita tahan mereka dan bawa mereka ke mahkamah. Kita tidak sekejam seperti di beberapa negara lain," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

pakai teaser tu tak boleh ker....


October 8, 2013 at 8:34 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved