ONEXOX
BannerFans.com

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

on Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.



Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.





Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam



Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam










Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

salam admin said...

salam admin..boleh tolong reupload semula gambar ke blogspot anda. Ini kerana foto yang anda gunakan dari bandwith server kami...ini menjejaskan server kami secara keseluruhannya..Terima kasih atas keprihatinan anda


November 20, 2013 at 6:17 AM
wamadad said...

Al-Fatihah doakan semoga roh Allahyarham AHMAD AMMAR dimasukkan dalam gulungan yang beriman hendaknya....Amiin. Anak muda yang Soleh yang dapat Kemuliaan di dunia dan didoakan semoga Kemuliaan diAkhirat. Takziah kepada ibu bapa dan keluarga dan banyakan bersabar.


November 20, 2013 at 12:34 PM
Anonymous said...

Al-Fatihah...semoga ditempatkan dikalangan mukmin yang mendapat perlindungan & nikmat syurga Allah...Amin! untuk budak baik spt beliau...


November 20, 2013 at 8:54 PM
Unknown said...

alhmdullh perjalann hidup yg pnuh berkah...maut yg dtg xsiapa thu..dan org yg soleh slalu pergi dulu...trasa rugi bila tida peluang brtmu dgn org sperti ammar ini..Doaku moga roh ammar bersama dgn para auliya dan moga disana dia akn berpgg tgn dgn Abu Ayub al-Ansari...amin...Moga disana kau bersama dgn para2 solihin sahabatku...Pengorbanan dan perjuangan mu tidak akn berhnti disini sja whai sahabatku..Moga ALLAH memeberi aku peluang untuk trus kan perjuangan mu ini...amin ya rabbal alamin...Kepada mak dan ayah sera sluruh kluarga arwah Ammar,senyumlah krn permergian Ammar pda blan muharram ini sgt bermkna dan arwah Ammar adlh insan yg bertuah krn dipilih olehAllah utk bertemu dgn Nya pda bln yg penuh barokah...Sahabat ku,Doaku sntiasa mengiringi mu...Al-fatihah..


November 21, 2013 at 7:00 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved