ONEXOX
BannerFans.com

Lelaki dituduh cabul remaja lelaki dengan memegang kolopir mangsa

on Tuesday, November 19, 2013

SEREMBAN – Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan mencabul seorang remaja lelaki Julai lalu.

Tertuduh, Mohd Khir Firdaus Roseli, 24, yang hadir memakai baju kemeja warna merah jambu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Siti Khairiah Abdul Razak.



Mengikut pertuduhan, Mohd Khir Firdaus didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap pelajar lelaki berusia 15 tahun, dengan niat untuk mencabul kehormatan diri dengan memegang kemaluan lelaki itu di tandas surau berdekatan Sekolah Teknik Vokasional Seremban kira-kira jam 10.30 pagi pada 25 Julai lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 10 tahun atau didenda atau disebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.





Siti Khairiah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 9 Disember ini bagi membolehkan pihak pembelaan membuat representasi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhan Muhammad A Aziz manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Radzlan Jalaludin.

Sumber

ERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved