Kes pelik tapi benar terbaru melibatkan laporan kehabisan tisu di sebuah tandas lelaki di Buzheng, China. Pada hari kejadian, pihak polis telah menerima sebuah panggilan dari seorang lelaki yang berada di dalam sebuah tandas awam, yang meminta pihak polis menghantar tisu ke tandas tersebut kerana bekalan tisu telah kehabisan.
Setelah menerima laporan pihak polis telah menghantar beberapa kotak tisu tandas ke alamat yang diberi. Malangnya selepas 20 minit berlalu mereka masih gagal mengesan dimana kedudukan sebenar tandas tersebut dan pulang semula ke balai polis. Setengah jam kemudian mereka mandapat panggilan yang sama dari lelaki berkenaan yang bertanyakan kenapa tiada bantuan di hantar ke tandas tersebut. Beliau juga memberitahu bahawa beliau hampir tertidur di dalam tandas tersebut sementara menunggu tisu yang diminta. Aduh..kesian!!!
Akur dengan kehendak lelaki tersebut, sebuah pasukan polis dihantar untuk mengesan kedudukan tandas tersebut. Mereka akhirnya berjaya menemui tandas tersebut selepas hampir satu jam. Malangnya lelaki tersebut sudah tiada..he..he
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
tu sbb toilet kat m'sia ada air. rakyat m'sia pembersih....x mcm kat china atau s'pore...mereka...
November 6, 2013 at 1:19 PM
Post a Comment