ONEXOX
BannerFans.com

Geng curi motosikal Kolopilah, di ketuai bapak budak tumpas!

on Tuesday, November 5, 2013

KUALA PILAH – Polis berjaya menumpaskan kegiatan curi motosikal di sekitar daerah Kuala Pilah dipercayai didalangi seorang bapa yang juga bertindak sebagai 'mastermind' selepas tertangkapnya dua lelaki, 24 Oktober lalu.

Penahan dua suspek berkenaan yang berumur lingkungan 16 dan 19 tahun itu hasil susulan tangkapan pertama oleh pihak polis daerah Jempol.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Aziz, penahan dua suspek itu juga turut membawa kepada satu serbuan diketuai Inspektor Zaim Ismail Yatim bersama lima anggota yang berjaya menahan empat lagi lelaki berumur 17 hingga 55 tahun pada hari sama di Kampung Rembang Panas.

Menurut Azmi, hasil siasatan mendapati, kesemua suspek tersebut terlibat dalam tiga kes kecurian motosikal jenis Honda EX5.



“Suspek bergerak secara berkumpulan dan menjalankan kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini. Manakala lelaki berumur 55 tahun itu merupakan bapa kepada suspek berumur 18 tahun , sementara selebihnya adalah kenalan anaknya.

“Mereka ini telah melakukan jenayah sejak 2009, namun kita percaya mereka sudah lama menjalankan kegiatan ini dan perkara ini masih kita siasat ," katanya di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, semalam.

Menurut beliau, beberapa suspek daripada kumpulan terbabit ditugaskan untuk mencuri motosikal di lokasi dikenal pasti dan membawa motosikal itu ke lokasi lain untuk meleraikan komponen yang diperlukan sebelum diagih sesama sendiri.

“Kemudian, komponen itu akan dipasang semula ke motosikal suspek. Manakala rangka motosikal di potong dan di buang ke dalam paya serta semak berhampiran kebun kelapa sawit.

“Kita berjaya menemui beberapa komponen dan rangka motosikal di kawasan tersebut dan merampas untuk dijadikan bahan bukti,” katanya ke semua suspek tiada memiliki rekod lampau.





Katanya, pihak polis percaya suspek berusia 55 itu terlibat secara langsung membantu dalam melupuskan komponen motosikal yang telah dicuri oleh suspek lain.

Beliau menambah, kesemua suspek telah ditahan reman bermula 24 Oktober hingga 3 November lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tujuh tahun penjara dan denda.

“Kesemua suspek akan dibicarakan pada hari ini (kelmarin) di Mahkamah Seksyen,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi memberitahu, sebahagian suspek merupakan pelajar sekolah itu dipercayai melakukan kegiatan itu akibat terdesak kerana masalah ekonomi.

“Kita juga menasihatkan ibu bapa agar mengambil berat hal ini dan tidak sesekali bersekongkol dengan anak kerana kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved