ONEXOX
BannerFans.com

KERTAS SPM 2013 BERPUAKA: Lagi Pelajar Meninggal, Tidak Sempat Jawab Kertas Matematik

on Monday, November 18, 2013

RAUB: Seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Tengku Kudin maut nahas dalam perjalanan untuk menduduki kertas ujian matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kilometer 354 Jalan Raub-Cheroh, pagi semalam.

Pelajar terbabit, Nurul Hajatul Syuhada Mohd Noor dari Kampung Batu Talam disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raub apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Bapa mangsa, Mohd Noor Saamah, 53, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak bongsunya itu daripada lima beradik dan segera bergegas ke hospital.



“Saya diberitahu dia (mangsa) kemalangan ketika dalam perjalanan hendak ke sekolah.

“Dia kemudiannya dibawa ke hospital, namun tidak lama kemudian, pihak hospital mengesahkan dia telah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, motosikal ditunggangi mangsa iaitu jenis Honda EX5 itu baru sahaja dibeli. Difahamkan juga, mangsa baru sahaja menunggang motosikal ke sekolah sejak dua minggu lalu.

Ketua Bahagian Trafik dan ketenteraman Awam IPD Raub, Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi di jalan Raub menuju Cheroh ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolahnya.

“Sampai di tempat kejadian sebuah lori Alam Flora sedang memungut sampah di tepi jalan. Mangsa yang sedang menunggang motosikal cuba memotong lori tersebut tetapi bergesel dengan MPV yang turut memotong lori terbabit,” katanya.

Mangsa kemudiannya terjatuh dan kemudiannya dibawa ke hospital oleh pemandu MPV terbabit namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.34 pagi di Hospital Raub.

Sementara itu, guru dan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Raub turut hadir menziarahi jenazah di bilik mayat Hospital Raub.

Pegawai Pelajaran Daerah, Sudar Kiman dalam pada itu menasihatkan kepada semua guru dan calon peperiksaan agar berhati-hati di jalan raya terutama ketika musim peperiksaan ini.





Mewakili pihak PPD dan sekolah, Sudar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan difahamkan mangsa seorang pelajar cerdik dan cemerlang dalam pelajaran.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved