Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa, Mayah Abu Hassim, 60, mengalami kerugian RM1,200 selepas dua bentuk cincin dan wang tunai RM200 dirampas suspek yang sebelum itu berpura-pura meminta tolong mangsa.
Menceritakan kejadian, Mayah berkata, sebelum kejadian, dia disapa seorang wanita berumur lingkungan 20-an di hentian bas dan teksi Terminal One, di sini yang bertanya ke mana dia mahu pergi.
“Dia menengur dengan begitu mesra dan saya memberitahu mahu membeli barang. Tapi ketika saya di dalam pasar raya dalam Pusat Membeli Belah Terminal One, saya melihatnya sekali lagi.
“Dia menghampiri dan bersalam dengan saya sebelum bertanya adakah saya memerlukan pekerja kerana dia mempunyai masalah kewangan,” katanya.
Mayah yang juga pemilik kedai makan berkata, wanita terbabit memberi alasan dia memerlukan wang sebanyak RM7,000 untuk membantu perubatan kakaknya yang keguguran.
Katanya, wanita itu juga memberitahu dia menang nombor ekor sebanyak RM52,000 dan meminta bantuan untuk mengambil wang berkenaan pada jam 4 petang.
“Tiba-tiba datang seorang lelaki berumur 40-an berhampiran kami dan wanita itu bertanya pula kepada lelaki itu bagaimana mahu menukar nombor ekor yang dimenanginya.
“Selepas berbual-bual, mereka menawarkan diri untuk menghantar saya pulang dan membantu mengangkat barang yang saya beli,” katanya.
Menurut Mayah, bagaikan mengantuk disorongkan bantal dia mengikut pelawaan tersebut dengan menaiki sebuah kereta Proton Saga BLM berwarna hitam yang dipandu seorang lelaki lain.
Katanya, dia dibawa bersiar-siar di sekitar bandar ini dan ketika berada di dalam kereta, suspek telah mengambil dua bentuk cincin emas miliknya dan segulung wang tunai RM200.
Bagaimanapun, kata Mayah, kepalanya ditempeleng selepas mempersoalkan bahawa nombor ekor terbabit adalah palsu.
“Mereka bengang dan kemudian saya ditinggalkan di tepi Jalan Linsum serta barang saya dicampak,” katanya.
Mayah berkata, dia tidak menolak berkemungkinan dipukau kerana dengan mudah mengikut arahan suspek yang kononnya mahu menghantarnya pulang.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment