ONEXOX
BannerFans.com

Pemergian Rosmah ke Qatar bukan urusan rasmi, TPM luluskan penggunaan jet, kata Azalina

on Wednesday, November 20, 2013

Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina  Othman (gambar) hari ini mendedahkan bahawa jemputan Datuk Seri Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen hari ini semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti  Rosmah dalam rombongan tersebut selain mendedahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat kabinet dan  bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.



Kehadiran Rosmah dalam persidangan wanita di Doha Qatar pada minggu lalu dikritik ramai pihak apabila berita mengenai isteri Perdana Menteri itu menggunakan jet rasmi kerajaan didedahkan kepada orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengakui kelulusan penggunaan jet rasmi untuk digunakan oleh Rosmah adalah keputusan kabinet bagaimanapun diselar pembangkang mendakwa ia tindakan tidak bertanggungjawab  sekaligus tidak boleh diterima.

Tambah Azalina, selain beliau, delegasi Rosmah ketika itu terdiri daripada pegawai rasmi kerajaan, media dan wakil daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).





Azalina  menjawab kritikan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad  yang  kesal dengan tindakan kabinet meluluskan penggunaan jet rasmi biarpun ia secara terangan adalah salah.

Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar turut dilihat mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia sepatutnya  berbangga apabila isteri Perdana Menteri itu diberi penghormatan oleh kerajaan Qatar di mana peluang sebegitu itu jarang berlaku kepada isteri pemimpin di negara lain.

"Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh menghargai perkara begini.Ia selalu menjadi isu besar kepada pembangkang. Mereka mengharumkan nama negara dilayan seperti musuh, sementara mereka yang memburukkan nama negara dilayan sebagai hero," katanya.

Susulan itu, semasa di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Rompin  Datuk Seri Jamaluddin Jarjis turut menyokong kenyataan Noh dengan berkata jemputan tersebut membuktikan Rosmah memberi imej baik dan mengharumkan nama negara.

"Pemergian beliau ke sana bukanlah memandai-mandai dan kita patut berbangga beliau diberikan penghormatan untuk bercakap dalam forum tersebut," katanya.

Beliau juga membidas pembangkang kerana sering memperbesarkan isu yang remeh sambil berkata perjalanan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara juga ditanggung oleh kerajaan negeri biarpun Anwar bukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Saya yakin rakyat boleh melihat bahawa isu berkenaan dicetuskan oleh pihak pembangkang," katanya.

10 November lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah, Penasihat Khas Perdana Menteri  Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, isteri  Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 15 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

habis tak kan mereka nak naik sampan....fikir lah en khalid dan semua yang lain tolong lah hormat sikit ... mereka semua bini menteri yang mengiring atas jempuntan ...yang nak bising 2 perkara remeh ni kenapa .....bila kena batang hidung sendiri senyap macam tikus jatuh ke beras ... dan segala yang di lakukan mereka betul belaka.....nak katakan bodoh dan membuang masa keck hati pulak nanti........


November 20, 2013 at 7:20 PM
Anonymous said...

weh derr...naik la kapal terbang ..yg nak pi naik jet peribadi yg jd isunya..bkn nya suh dia naik sampan


November 20, 2013 at 7:37 PM
Anonymous said...

Isunya skrg kenapa naik jet peribadi bkn MAS...klau murah org x bising...ni mahal nk mampus...pikir pakai otak bkn kepala lutut...


November 20, 2013 at 7:44 PM
Anonymous said...

macai mana tau beza penerbangan commercial dengan penerbangan peribadi. Sokong bute je.. dahla tak tau apa apa standart practice kat negara lain. FYI macai.. singaporean pm naik commercial flight to reduce cost. but why even i bother to explain u just a macai..


November 20, 2013 at 7:55 PM
Anonymous said...

Setahu aq flight tu hanya ketua negara je sedangkan DYMM AGUNG Pun tak dibenarkan dgn pesawat khas negara ini baginda diasingkan dgn b737 sahaja..untuk pm a319 tu...isteri pm hanya boleh naik mas je bro..walaupun kerajaan tanggung so pse pak2 menteri jgn salah guna kuasa...pse2...


November 20, 2013 at 8:07 PM
hafeeztheroyal said...

"nak katakan bodoh dan membuang masa keck hati pulak nanti........" lagi laa bodoh pasal sokong buta je...kalo dia follow PM xpe laa..ni pegi sendiri2..Lee Chong Wei yg harumkan nama negara pun xnaik jet peribadi negara..ape lagi rosmah mau??


November 20, 2013 at 8:21 PM
Anonymous said...

Macai2 taksub mn fikir rasional beb,sumenye akai ada tapi akai letak kt bawah tapak kaki masing2...dalam masalah ni bukan JELES yg jadi isunya tapi siapa Rosmah tu dia cuma isteri PM je & bukan ada apa2 kepentingan pun dalam kerajaan....


November 20, 2013 at 8:50 PM
Anonymous said...

Bercakap jgn.mcm org xde akal..please la jgn sokong mbuta tuli..tu lembu namanye..


November 20, 2013 at 9:46 PM
Anonymous said...

Depa sedap jer dok blanja duit Rakyat ,pastu rakyat ni sibuk kn tanggung subsidi situ sini nak jimat kewangan negara x ko buta tu..depa perabis duit kita plak kn bersusah payah wat bayar balik


November 20, 2013 at 10:18 PM
Anonymous said...

Hahahah...out of 10 comments. Satu jek sokong. Obviously yg tu macai. Dan dari komen pun kita dah tau, tak study, tak tahu isu langsung. Yg lagi 9 hentam kaw2. Tak nak membalas balik ke ?? Harap2 suadara/ri tu nampaklah yek isu yang rakyat bisingkan skarang ni. Ini bukan dengki, ini bukan saje nak buat bising... tapi trip "mengharumkan" nama negara yg boleh dicapai dengan kos beberapa ribu jek, kerajaan kita belanjakan berjuta-juta, bijak ke???


November 20, 2013 at 10:42 PM
Anonymous said...

Bodoh naik air asia sudah la...


November 20, 2013 at 10:56 PM
Anonymous said...

kalau tngok dekat web bnyk rakyat malaysia x sokong bn... asal post pasal government je sume ad yg x kena.. tp bn tetap mng pilihan raya... persoalan nye siapa yg undi.. jawapan nye... macai dan mereka2 yg menonton tv3 dan membaca utusan malaysia.. kah3.. melayu otak sempit


November 21, 2013 at 12:20 AM
Anonymous said...

Private jet khas untuk sesiapa sahaja,saper ader duit dia boleh bayar sendiri,tapi kalau nak naik semata mata guna dana kerajaan yang dikutip oleh rakyat ,itu merupakan salah guna (hak),Jika Isteri menteri nak memenuhi jemputan sang suami perlulah mengeluarkan duit poket sendiri sebab jawatan bini bukan ada sebarang jawatan untuk pentadbiran negara.MAS ada Air Asia pun ader ambik la fist Class orang x akan pertikaikan.Rakyat pun senyum bila kita bersederhana.


November 21, 2013 at 5:36 PM
Anonymous said...

Ape ke benak ko ni, nama jet rasmi kerajaan, dia bukan menteri ke ape yg ada urusan rasmi kerajaan...bukan suruh naik sampan la bodoh...dah nama bukan rasmi, naik la kapal terbang lain...bongok macai ni


November 21, 2013 at 10:33 PM
Anonymous said...

Bile kite senang, ingatlh bersedekah pada yg ssh.. ni plk gune duit rakyat.. sng pun pakai duit rakyat.. sng atas sebab tindas rayat mmg rakyat angin la.. gni la sng.. klau amil mkn duit zakat hukum die haram.. pk sndri la.. duit rakyat tuk kepentingan rakyat n negara.. bkn buat vip pi joli..


November 21, 2013 at 10:54 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved