ONEXOX
BannerFans.com

Peniaga babi tersilap sasaran tembak anak sendiri

on Thursday, November 28, 2013

KAJANG – Niat murni seorang warga emas melepaskan tiga das tembakan ke arah seorang lelaki yang disangka penjenayah bagi menyelamatkan ahli keluarganya daripada disamun bertukar tragedi apabila tembakan itu terkena anaknya sendiri.

Dalam kejadian pada pukul 10.16 malam di Kampung Baru, Balakong di sini, Chong Kuan Fat, 51, mati di tempat kejadian akibat terkena satu das tembakan di kepala.



Difahamkan, sebelum kejadian malang itu, peniaga babi berusia 76 tahun tersebut yang berada di dalam rumah terdengar pekerjanya, seorang lelaki warga Myanmar menjerit dari sebuah pondok yang terletak di belakang rumah teres berkenaan.





Warga emas itu yang cemas terus mengejutkan anaknya, Kuan Fat sebelum mencapai senjata api miliknya bagi tujuan mempertahankan diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, peniaga dan anaknya yang bersenjatakan sebilah parang kemudian bergegas ke pondok berkenaan untuk melihat apa yang berlaku di kawasan itu.

“Si bapa tidak menyedari anaknya (Kuan Fat) meluru ke hadapan lalu dia melepaskan tiga das tembakan ke arah lelaki itu yang disangka perompak. Keadaan ketika itu gelap,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved