Pemangku Ketua Polis Negeri SAC Datuk Abdul Manan Mhd Hassan menyerahkan sumbangan kenderaan itu kepada Pengurus Kanan GiatMara Seremban Kamil Amat di Pejabat Stor Barang Kes Bersepadu Sikamat, di sini.
Abdul Manan berkata sumbangan itu merupakan langkah kerjasama bagi membantu GiatMara ke arah kecemerlangan akademik pelatihnya.
Beliau berkata motosikal dan kereta yang diserahkan itu adalah barang kes yang dirampas dan disita oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan dan telah selesai menjalani proses perundangan.
Sementara itu, Kamil berkata sumbangan itu akan diserah kepada tiga pusat GiatMara di negeri ini iaitu Telok Kemang, Jelebu dan Kuala Pilah yang mempunyai kursus bengkel kemahiran teknologi motosikal.
"Sumbangan ini amat diperlukan dalam membantu GiatMara dalam pembangunan institut ini untuk melahirkan pelajar berkualiti dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment