Ruri atau nama sebenar Ruri Herdian Wantagio, 29, berkata, lagu itu ditulis selepas melalui pengalaman pahit dicurangi teman wanitanya.
"Lagu ini merupakan pengalaman peribadi saya sendiri apabila putus cinta dan dicurangi pada 2011 selepas hampir dua tahun bercinta.
"Ketika itu idea untuk menghasilkan lagu banyak dan juga agak senang bagi saya menghayatinya," katanya pada pelancaran single Sandiwara Cinta, di Royale Chulan, di sini.
Ruri juga tidak menjangka lagu tersebut mendapat perhatian dan berjaya menembusi pasaran muzik di Malaysia.
"Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2004 dan sudah mempunyai empat album. Percubaan pertama kami untuk menembusi pasaran Malaysia dengan lagu Hanya Ingin Kau Tahu namun tidak begitu berjaya.
"Alhamdulillah percubaan kedua berjaya menawan hati pendengar di negara ini," ujarnya.
Kumpulan ini turut dianggotai oleh Hexa (gitar), Lafi Hariyatulafian (bass) Tyar (keybord, drum) dan Heri Masrullah (gitar utama).
Ditanya tentang nama kumpulan tersebut, Ruri berkata Ripvblik dipilih berikutan kesemua ahli kumpulan tersebut berasal daripada daerah berbeza.
"Kami semua daripada daerah berbeza iaitu Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, Bakasi dan Bandung.
"Sementara itu daripada segi ejaan Repvblik adalah bagi memudahkan untuk mencari maklumat tentang kumpulan ini di Internet," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment