Malaysiakini yang memetik laporan portal Sarawak Report, Riza Shahriz Abdul Aziz, yang berusia 36 tahun merupakan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.
Ia memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza Shahriz membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.
Laporan New York Times juga menyebut unit megapuri (penthouse) yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.
Menurut laporan Sarawak Report lagi, Riza memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment