ONEXOX
BannerFans.com

Angkara siapakah sanggup mengubah Kalimah Allah ini?

on Friday, December 20, 2013



Apa dah jadi, berpolitik hingga ke tahap ini. Page Facebook yang pertama kali di lihat mengupload gambar di atas "Buletin Pakatan Rakyat" menunjukkan satu poster dengan "kalimah Allah" telah diubah kepada "1 Allah" seperti gambar di atas.

Seperti yang kita tahu, 1 Malaysia adalah slogan yang dibawa dalam kepimpinan Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Poster yang diambil di atas pula menunjukkan slogan "Ayuh Bersama UMNO Selamatkan Kalimah Allah" dengan Kalimah Allah tersebut telah diubah mengikut rekaan 1 Malaysia.

Untuk makluman, kemelut kes penggunaan Kalimah Allah telah berlangsung dari tahun 2008 hingga ke tahun ini di mana pada tarikh 14 Oktober 2013 keputusan rayuan memihak kepada umat Islam.

Ramai umat Islam daripada UMNO dan PAS sendiri serta NGO-NGO turut memberikan sokongan. Namun, tidak pernah sekalipun kelihatan poster dan lambang Kalimah Allah ditukar/dimanipulasi/diubah oleh mana-mana penyokong sepanjang perbicaraan kes itu di mahkamah.



Menurut satu blog pro-kerajaan, daengseliling.blogspot.com yang memberi respon mendakwa poster itu adalah satu lagi fitnah pembangkang dan merupakan salah satu Black Ops mereka.

"Aku tak percaya orang PAS sanggup buat black ops bodoh macam ini semata mata untuk memburukkan UMNO sehingga sanggup mempermainkan kalimah Allah sedemikian rupa." tulis daeng selili.





"Tidak pernah dari mana mana percetakkan buat sebegini lagi dari penyokong UMNO kerana kita mesti menghormati malah mempertahankan dari dimanipulasikan oleh puak puak kafir dari pakatan pembangkang yang sememangnya kuatir UMNO dan PAS bersatu dalam perjuangan agama Islam." tambahnya lagi.

Melalui artikel di blog beliau, jelas beliau menyalahkan pembangkang namun tidak pula menuduh PAS yang melakukannya kerana menganggap PAS dan UMNO bersatu dalam satu perjuangan.

Maka, angkara siapakah yang sanggup mempermainkan Kalimah Allah hingga sedemikian rupa? Semoga umat Islam di negara ini terus bersatu padu dan terpelihara daripada fitnah akhir zaman...

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved