ONEXOX
BannerFans.com

Bom – Ini penyebar email palsu Rafizi

on Sunday, December 29, 2013

Sebelum ini ada disiarkan email bom yang mengaitkan Rafizi Ramli dan Abdul Rahim Ghouse (di sini) berkaitan himpunan 31 Disember. Ia juga dipanaskan Utusan Malaysia hari ini. Utusan Malaysia pun karang berita sebagaimana macai Umno karang!

Hari ini bekas exco Pemuda Umno Pulau Pinang, Abdul Rahim Ghouse menafikan bahawa beliau menulis surat kepada pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berhubung kejadian yang akan dilakukan tersebut.

“Saya menafikan perkara ini kerana surat itu, bukan saya yang tulis. Ada orang buat surat itu menggunakan nama saya”.



“Mereka menulis surat seperti itu untuk agenda mereka, tetapi mahu melibatkan saya,” kata Abdul Rahim.

Rafizi  Ramli disiasat polis, beliau diminta hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

“Saya syaki tindakan PDRM memanggil saya memberi keterangan ini adalah bersabit fitnah yang dimulakan oleh blog-blog Umno bahawa saya terlibat merancang untuk menanam bom di tempat-tempat tertentu pada 31 Disember ini,” kata Rafizi.





Rafizi juga berkata dia terkejut dipanggil polis. Polis sepatutnya menyiasat penulis blog dan juga akhbar yang didakwanya menyebarkan emel khabar angin tersebut.

“Hal ini bukan saja drama yang teruk, tapi mewujudkan satu duluan yang teruk.

“Adakah selepas ini jika ada orang dapat emel mengenai cerita  (Datin Seri) Rosmah (Mansor), PDRM akan panggil beliau (Rosmah)?

“Satu-satunya bom yang saya tahu ialah kuih bom,” kata Rafizi lagi berseloroh.

Email tersebut sebenarnya disebarkan blogger Umno theunspinners.blogspot.com yang kemudiannya disebarkan oleh blog-blog yang lain.

Sepatutnya polis menyiasat pengendali Theunspinners, bagaimana dia boleh mendapatkan atau mencipta email tersebut.

Namun begitu, kita tahu polis bukannya nak hiraukan sangat tentang sesuatu kalau ia dari blogger Umno!!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved