ONEXOX
BannerFans.com

Empat pengawal keselamatan didakwa bunuh remaja curi tabung masjid

on Tuesday, December 17, 2013

Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja yang disyaki mencuri tabung masjid, dua minggu lalu.

Pengurus Keselamatan Mohamad Yusof Mohamad, 39, dan tiga lagi pengawal keselamatan, Mohd Aswenry Majon, 26, Iweldo Putra, 19, dan Pondri Neriko,20, didakwa membunuh Mohamad Shah Reza Fauzi, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya, pada jam 5 pagi, 3 Disember lalu.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada semua tertuduh yang berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 17 Februari depan untuk sebutan, sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sementara itu, Iweldo dan Pondri dari Indonesia turut dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan dikenakan dua sebatan selepas mengaku bersalah kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke Malaysia.





Ayuni mmerintahkan Iweldo dan Pondri menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 3 Disember.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan Indah 4/8, Pandan Indah, Ampang Jaya pada jam 2.30 petang, 3 Disember mengikut Akta Imigresen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene dan semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved