ONEXOX
BannerFans.com

Gardenia diminta beri penjelasan, taja Malaysiakini dah salah kepada Umno

on Friday, December 6, 2013

Gardenia taja Malaysiakini dah menjadi dosa besar kepada Umno! “Kesalahan besar” Gardenia kerana menaja portal bebas, Malaysiakini. Mungkin hanya orang-orang Umno yang membeli dan makan roti Gardenia.

Kini Gardenia Bakery Sdn. Bhd. yang 30 peratus dikuasai oleh Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary diminta memberi penjelasan. Ia disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid.

Apakah tujuan Gardenia menyokong Malaysiakini? Apakah sokongan ini telah mendapat persetujuan daripada Bernas? Apakah sokongan ini telah mendapat perkenan pemegang saham terbesar Gardenia?



Oleh itu, Pemuda UMNO Cheras menuntut penjelasan Bernas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin mengenai tindakannya memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini,” kata Johari dipetik Utusan Malaysia.





Semalam Gardenia tampil sokong dana bangunan Malaysiakini. Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin berkata “syarikatnya menyokong usaha Malaysiakini untuk membawakan laporan dan pandangan dengan cara yang betul”.

Tidak dinyatakan nilai derma yang diberikan oleh Gardenia itu dalam kempen Malaysiakini memungut derma bagi pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.

Apa yang salahnya. Akhabar Utusan yang lagi teruk cara pemberitaannya juga mendapat tajaan besar dari Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Dia menjadi pemegang saham terbesar Utusan selain Umno.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved