ONEXOX
BannerFans.com

Umno WP pertahan Rosmah guna jet peribadi, bil utiliti Seri Perdana dan kenaikan elektrik

on Friday, December 6, 2013

Penggunaan jet peribadi oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk tujuan rasmi tidak wajar dipersoalkan kerana ia melibatkan isu keselamatan, kata perwakilan Umno Wilayah Persekutuan semasa perbahasan usul ekonomi hari ini.

Affandi Zahari, dalam perbahasannya, berkata keselamatan Rosmah wajar diutamakan kerana sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya akan menyebabkan Datuk Seri Najib Razak sedih.

"Perkara ini melibatkan keselamatan isteri beliau (Najib), sekiranya berlaku sesuatu ia akan memberi kesan kepada emosi beliau," kata Affandi.



Beliau mempertahankan penggunaan jet peribadi Rosmah kerana ia telah pun diluluskan oleh Kabinet dan lawatannya ke Qatar adalah atas urusan rasmi.

"Beliau (Rosmah) ke sana atas jemputan dan ia secara rasmi. Bukan beliau melancong, saya juga tidak gembira jika beliau buat begitu," kata Affandi lagi.





Beliau juga membidas pembangkang kerana menjadikannya satu isu besar.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved