ONEXOX
BannerFans.com

Hati-hati lalu jalan Sungai Dua-Sungkak. Tompek tu koreh!

on Saturday, December 21, 2013

KUALA PILAH – “Masih terngiang-ngiang di telinga saya,  sewaktu arwah Nur Khalilatul bertanyakan soalan tentang alam barzakh ketika kami sedang menonton televisyen bersama.

“Saya sungguh tak sangka soalan itu sebenarnya petanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya”, kata bapa mangsa, Husny Zaim Ibrahim, 39.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang kelmarin, Nur Khalilatul Sofiah, 14, maut di tempat kejadian apabila kereta dipandu Husny terbabas di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Kampung Sungkak, di sini.

Husny bersama isteri, Nur Selawati Ahmad, 39, dan tiga anaknya dalam perjalanan dari rumah mereka di Feldajaya Selatan, Jempol ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi menziarahi saudara.



Dia memandu dengan berhati-hati sewaktu melalui Jalan Sungkak, kerana hari semakin gelap bimbang binatang ternakan berkeliaran di jalan berkenaan.

Namun, setibanya di lokasi kejadian, kereta jenis Honda yang dipandunya hilang kawalan lalu berpusing beberapa kali.

“Saya tak tahu apa yang berlaku. Seingat saya, sewaktu mengawal stereng, tiba-tiba kereta terbabas ke kiri jalan, lalu rempuh tiang lampu.

“Kemudian merempuh sebatang pokok kelapa sawit sehingga menyebabkan kereta saya remuk,” katanya.

Husny berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan selepas menyedari mereka terlibat dalam kemalangan, dia dan isteri mencari anak-anak.

“Saya dan isteri bergegas keluar selamatkan anak-anak. Pintu belakang kereta remuk dan saya cuba pecahkan pintu sebelah kiri.





"Saya lihat arwah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala. Manakala dua lagi, Nur Syuhadatul Husna, 16, dan Muhammad Abrar Hakimi, 9, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu menghantar mangsa sekeluarga ke HTAN.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Kampung Sungkak jam 6.50 petang kelmarin.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord dalam perjalanan dari arah Sungkak ke Kuala Pilah terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan kemudiannya terbabas ke dalam kebun kelapa sawit.

“Namun, kira-kira jam 7.40 malam, pihak kami menerima panggilan HTAN memberitahu seorang penumpang perempuan berusia 14  meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Setiap perkara yg berlaku atas izin Allah dan tiada sebab lain kecuali DIA..makhlus halus tidak mampu mmbinasakan manusia.. Moga Allah tbahkan hati en.husny dan keluarga..semoga Allah mcucuri rahmat keatas Allahyarhamah..takziah


December 21, 2013 at 3:28 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved