Beliau berkata insinerator, model sama yang digunakan di kebanyakan negara maju, dijangka beroperasi pada 2015 dan akan menampung pelupusan sampah dari daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.
"Kita memerlukan insinerator ini kerana tapak pelupusan sampah sedia ada tidak boleh menampung lagi dari segi jumlah kapasiti dan juga membahayakan kesihatan," katanya ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) semasa membahaskan usul Belanjawan 2014 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini, Isnin.
Mohamad berkata, insinerator itu akan dikendalikan oleh Cypark Resources Berhad dan ia mempunyai kemudahan menghasilkan tenaga biogas yang memberikan aliran tenaga diperbaharui bagi kegunaan penduduk kawasan sekitar.
"Kemudahan insinerator ini lebih selamat dan efisyen serta tidak memudaratkan kesihatan penduduk," katanya sambil menjelaskan 80 peratus tapak pelupusan sampah yang menggunakan kaedah lama sudah ditutup antaranya di Bukit Palong, Sua Betong, Pajam dan Kuala Sawah.
Katanya, kerajaan negeri juga turut mewartakan tapak pelupusan sampah yangditutup dengan tidak dibenarkan sebarang projek pembangunan di kawasan berkenaanbagi tempoh 25 tahun.
"Ini adalah kerana gas 'methane' yang terhasil dari bawah tanah di tapak pelupusan sampah kaedah timbus itu boleh membahayakan kesihatan orang ramai," katanya.
Beliau berkata, pembinaan insinerator baharu itu telah mendapatkan kelulusanJabatan Alam Sekitar (JAS).
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
haih... tak bahaya ke mendalah ni?
December 16, 2013 at 3:50 AM
insinerator ni selamat dan byk negara maju dah guna pakai teknologi ni..
and in fact, cara pelupusan sampah di malaysia skang ni yg berkurun kita guna lagi bahaya....
December 17, 2013 at 1:59 AM
Post a Comment