Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.
"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.
"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.
"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.
Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.
"Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya," kata Abdul Wahid.
Hujung minggu lalu, Abdul Wahid berkata enaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Beliau berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
Pakatan Rakyat menentang cadangan tersebut kerana langkah itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
Sepakat membawa berkat. Pantang Melayu di cabar..... Ramai2 boikot jangan guna PLUS utk tempoh sebulan.... Biar lengang kita pakat guna jalan biasa.... dulu2 pun selamba je tak de highway. Guna hway pun kek somban tu haaa jammed manjang.....
Kesannya, InsyaAllah.... menteri yg bercakap, kompeni yg berniaga... hilang rasa kesombongannya..... menjadi kemaluan bagi mereka utk menurunkan harga toll selepas tu....
Zaman 80'an... boikot ni perkara biasa je.....
Sebulat suara.....
December 16, 2013 at 10:50 PM
secara jujur, sy mmg bpihak pada pucuk pimpinan BN.
tapi bila benda ni semua jadi mmg rasa marah..
mmg x masuk akal semua benda nak naik mendadak.
agak melampau. kalau nak naikkan harga biar lah setahun sekali bukan cara sekarang naik mendadak.
yang betul sy sokong, yang x betul sy x sokong.
mcm mana nak hidup kalau gaji RM2000 satu bulan? nak kahwin pun kena simpan duit. kalau duit habis dgn kenaikan harga barang mcm mana nak simpan duit?
sy cukup sedih & marah bila semua naik mendadak.
orang2 atasan tlg la pikir baik2..
December 16, 2013 at 10:55 PM
gua rase lah ni puncanya pasaran harga tol dunia naik kot..kah kah
December 17, 2013 at 6:15 PM
mintak rafizi tolong siasat dan bongkarkan jika ada jalan jalan lama di ambil utk buat jalan bertol, so dimana alternatif rakyat yg tinggal utk digunakan?perkara ni melanggar perjanjian jalanraya negara,rakyat boleh bawak ke court
December 17, 2013 at 6:25 PM
Post a Comment