Detik itu digantikan dengan sambutan bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.
Perkara ini terjadi dek kerana ‘kejayaan’ peserta Turun memberhentikan konsert KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.
Bagi menyelamatkan keadaan kerana ‘kejayaan’ peserta Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan.
Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di ‘boo’ peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan.
Setakat ini, peserta Turun masih kekal berada di hampir keseluruhan kawasan Dataran Merdeka, seperti tadi keadaan masih terkawal.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment