ONEXOX
BannerFans.com

Polis Kedah siasat semula kes rogol pasangan remaja, kata Peguam Negara

on Monday, December 2, 2013

Polis akan membuka semula siasatan tentang kes rogol remaja 13 tahun dari Kedah yang telah berkahwin dan bercerai dengan lelaki yang dikatakan perogolnya, menurut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) hari ini.

Beliau berkata, gadia remaja itu membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 15 Julai, 2013.

Katanya dia dirogol dua remaja kemudian dirogol oleh Mohd Fahmi Mohamed Alias yang kemudian menjadi suaminya.



"Saya sudah mengarahkan siasatan untuk dibuka semula demi kepentingan umum. Saya perlu mengambil kira kepentingan umum juga.

"Apabila laporan polis dibuat tahun lepas, dua diantara tiga suspek telah ditangkap. Suspek ketiga masih lagi berkeliaran sehingga hari ini walaupun identitinya sudah diketahui oleh pihak polis," kata Abdul Gani dalam sidang akbar di Putrajaya hari ini.

"Di antara dua suspek yang ditahan, salah satu daripadanya telah dikenakan hukuman di mahkamah dan mengaku bersalah. Dia kemudian menghabiskan masa di pusat pemulihan Paya Terubong," katanya.

Laporan media mengatakan perkahwinan remaja 19 tahun itu kepada Mohd Fahmi berlangsung pada 17 November 2013, setelah Mahkamah Syariah Kulim memberi kebenaran kerana beliau masih lagi di bawah umur.





Pada mulanya bapanya bersetuju akan perkahwinan itu untuk menutup aib.

Bagaimanapun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian dan dakwaan bahawa Mohd Fahmi dan dua rakannya telah merogolnya empat bulan sebelum berkahwin.

Suspek kedua Mohd Fahmi, telah dibebaskan atas dakwaan pendakwa raya pada masa itu berikut beberapa alasan, menurut Abdul Gani.

Abdul Gani berkata, polis telah menyerahkan fail siasatan di mana hanya terdapat empat penyataan daripada Nor Fazira Saad, ibu saudara kepada mangsa dan doktor yang memeriksa mangsa.

"Saya telah bertemu dengan polis pagi ini dan telah memberikan arahan baru untuk siasatan dan telah memberitahu apa yang saya perlukan. Ini termasuk penyataan lain," kata Abdul Gani.

"Saya masih belum memberi sebarang kenyataan sebelum ini walaupun dengan publisiti yang diberikan media sosial dan media arus perdana kerana saya mahu menyelidiki fail itu terlebih dahulu dan mahu memahami fakta.”

Apa yang dilaporkan dalam blog dan akhbar-akhbar bukanlah apa yang pendakwa raya akan bawa pada mahkamah, menurut Abdul Gani, itu adalah isi kandungan fail siasatan.

"Saya telah memberikan polis tempoh masa seminggu untuk mendapatkan maklumat tambahan yang saya cari. Kemudian saya akan selidiki pencarian siasatan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Abdul Gani juga mendedahkan bahawa dia telah menambah arahan kepada polis bahawa sebarang tarikh dakwaan rogol harus dirujuk kepada ibu pejabat.

Media melaporkan minggu lepas bapa remaja perempuan itu telah membolehkan anaknya untuk mengahwini Mohd Fahmi oleh kerana bapa remaja lelaki tersebut telah memohon agar dakwaan rogol itu ditarik.

Setelah melawat bapanya lima malam berturu-turut, ibubapa Mohd Fahmi berjaya meyakinkan bapanya untuk menarik balik laporan polis itu dan bersetuju akan perkahwinan anaknya itu.

Tetapi sesudah berkahwin, situasi menjadi lebih teruk lagi apabila perempuan itu menerima deraan daripada mertuanya di Padang Serai.

Bapanya memberitahu media bahawa ibu bapa Mohd Fahmi tidak pernah menyukai Nor Fazira dan hanya mahukan perkahwinan itu berlangsung agar anaknya tidak dilaporkan merogol.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved