Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.
"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.
Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.
"Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah?
"Biarlah... apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya," tegasnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 7 comments... read them below or add one }
syiling pun duit jugak, lakonan tak seberapa, berlagak je lebih.....lepas ni jika ada drama or movie lakonannya nak boikot.....
December 3, 2013 at 4:04 PM
Ape la pompuan ni. Kekwat nak mampos. Hantar je kat bank settle la masalah. Pijak la bumi yg nyata sikit. Kau bukan pandai berlakon pun.
December 3, 2013 at 7:25 PM
korek duit tabung ke mami erma fatima??...kihkihkih..
Pape pun erma fatima mmg steady..
December 3, 2013 at 7:48 PM
sib baik dia bayar... bnyak songeh lak!! ade ker cakap dlm klausa x bleh byr duit 5 sen??
December 3, 2013 at 7:54 PM
Apa nak kecoh 5Sen duit gak... dah di byr jgnlah kekwat sgt.. apa nak cara berkhemah... apa pun cara dia dah buat pemabayaran terima je lah.. Al-Quran tu anggap sebagai hadiah.. benda baik terima jelah.. Syukur ada memberi...
December 3, 2013 at 7:54 PM
Aku ada cadangan buat rebecca. Apakata kau sedekah kan semua duit tu ke akaun anak yatim atau kebajikan. Itu lebih manis buat korang berdua erms n rebecca. Semoga Allah swt pjgkan umur korang berdua. Duit tu dunia jer....
December 3, 2013 at 8:50 PM
kalau 1 sen camna tuu ? hahahha ..
December 3, 2013 at 10:07 PM
Post a Comment