ONEXOX
BannerFans.com

Ramai Marah PM Teruskan Perhimpunan Agung UMNO Di PWTC Ketika Rakyat Derita Di Landa Banjir Besar !

on Thursday, December 5, 2013

KUANTAN, 5 Dis - Sususlan banjir besar yang melanda daerah ini sekarang, ramai mangsa yang ditemui kecewa kerana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) tidak mengarahkan Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang dibatalkan atau ditunda ke satu tarik lain.

Bagi mereka, amat tidak adi pemimpin UMNO bersenang lenang tidur di hotel mewah dengan makanan yang lazat-lazat sedangkan ramai mangsa-mangsa banjir lapar kebuluran. "Bukankan PM adalah orang Pahang.... kenapa beliau tidak mahu merasai keperitan yang rakyat lalui.

Mereka berhimpun, bersorak dan kemudian makan sedap-sedap... sedangkan kami di Kuantan menderita sekarang ini... Sudahlah bantuan yang dijanjikan tidak kunjung tiba... ", kata seorang kakitangan kerajaan yang menjadi mangsa di Cenderawasih semalam.

"Saya hairan, mereka ini (pemimpin UMNO) terutamanya dari Pahang boleh pergi berhimpun dengan senang lenang dikala rakyat seluruh negeri berhadapan dengan musibah banjir yang melanda.... Inikah dia pemimpin rakyat yang mahu kita agung-agungkan sangat... mana pergi mereka dikala kami kesusahan... mujurlah ada wakil rakyat PAS yang prihatin menghantar bekalan manakan kepada kami... jika tidak kami pasti mati kelaparan dibuatnya", kata seorang penyokong kuat UMNO dari Sg. Isap yang merujuk kepada ADUN PAS Tanjung Lumpur (YB Ustaz Rosli Abdul Jabar).

Sebenarnya, ramai lagi yang kecewa dengan senario yang berlaku. Mereka hairan, ada pemimpin yang rela tidur di bantal empuk tatkala rakyat menderita. Apapun, memang ada pemimpin UMNO bawahan yang menarik diri dari himpunan tersebut bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing.


Rakyat terpaksa naik lori untuk menyelamatkan diri dari banjir

"Mana mungkin pemimpin besar UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan negeri mahu menarik diri dari PAU 2013, sedangkan disitulah peluang untuk mereka tunjuk muka kepada pemimpin... sebab itu jalan terbaik ialah Datuk Najib tangguhkan dulu PAU... jika sebelum ini mereka boleh tangguhkan himpunan terbabit menjelang pilihanraya.. kenapa tidak sekarang.. kami adalah rakyat yang mengundi BN pada pilihanraya umum ke-12 lau... fahamilah masalah dan penderitaan kami", kata orang kuat UMNO dari Cenderawasih.



Rakyat derita terpaksa harungi air banjir ketika PAU berlangsung



Rakyat harapkan bantuan yang berterusan ketika ditimpa musibah

Ternyata, rata-rata terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku. Seolah-olah mereka itu semua tidak peka dan cakna dengan masalah rakyat. Jangan nanti bila rakyat menolak UMNO BN maka dituduh mereka terpengaruh dengan hasutan pembangkang, sedangkan mereka membalas dendam atas perbuatan pemimpin atasa yang tidak belas simpati dengan nasib mereka itu. "Ada pula pemimpin yang datang sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata, malah ada yang tidak turun langsung dari kenderaan kerana takut kasut dan pakaian mereka terkena air banjir... Ini amatlah mendukacitakan.. mereka datang.. ambil gambar kemudian masuk facebook, masuk blog.. keluar dalam internet seolah-olah mereka prihatin dengan rakyat.. Kami mahu makanan dan lain-lain kemudahan.. bukan mahu tengok muka YB saja...", kata seorang pesara kerajaan yang merujuk kepada wakil rakyat KeADILan.

Inilah senario yang berlaku kepada pemimpin dikala rakyat memerlukan. Oleh itu, berhati-hatiah jangan sampai rakyat tolak pemimpin yang sebegini pada pilihanraya umum akan datang.

[Sewajarnya semua pihak fokus kepada musibah yang menimpak rakyat ketika ini. Jika terpaksa mereka boleh batalkan kehadiran dalam mana-mana program besar peringkat pusat tidak kira siapa sahaja yang datang. Rakyat mestilah didahulukan.

Pemimpin sanggup turun padang, masuk air ketika menagih dan merayu undi setiap kali musim pilihanraya aenghnya ketika rakyat memerlukan mereka sekarang masing-masing sibuk dengan urusan harian tanpa memperdulikan nasib rakyat.





Sepatutnya Perdana Menteri yang berasal dari negeri Pahang Darul Makmur, boleh menangguhkan dulu perhimpunan itu demi memberi ruang yang lebih terbuka kepada semua perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Johor untuk memberi keutamaan kepada rakyat di kawasan mereka.

Kasihan melihat rakyat yang terpaksa menanggung derita, sedangkan semua pemimpin sudah pasti menginap di hotel-hotel mewah bersama perwakilan yang lain disamping makanan yang enak-enak. Apakah ini namanya pemimpin?.

Oleh itu, rakyat diminta menilai segala yang berlaku ini dan ambilkan ikhtibar agar semua pihak dapat memilih pemimpin yang benar-benar prihatin dengan nasib mereka tidak mengira musim pilihanraya atau sebaliknya. Hidup rakyat! Jangan persiakan masa depan anda !!].

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved