Lima anggota pertubuhan itu membentuk satu gabungan dikenali sebagai 'Bantah Astro' bagi menyerahkan memorandum kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Memorandum itu diterima anggota Parlimen Pakatan Rakyat di luar Parlimen hari ini.
"Monopoli Astro hanya menguntungkan kroni kerajaan yang dibiayai orang ramai. Lebih teruk, perkhidmatan yuang diberikan juga tidak memuaskan.
"Sepatutnya, kerajaan jangan benarkan Astro menaikkan yurannnya sesuka hati mereka," kata jurucakap SAMM, Khairool Anuar Al-Megat.
SAMM dalam memorandum menyebut, kenaikan terkini langganan Astro, yang dilaksanakan sejak pada 24 November menyebabkan pengguna dikenakan caj tambahan antara RM2 hingga RM6 bagi pakej yang dilanggan.
SAMM turut mempersoalkan monopoli yang dinikmati Astro sebagai penyedia tunggal perkhidmatan TV berbayar, sedangkan negara seperti India mempunyai enam pengendali dan Australia tiga.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment