Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, isu tersebut yang sudah pun menjadi kes polis akan diperjelaskan menerusi sebuah sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 8 malam.
"Saya akan mengadakan sidang media khas menjelaskan segala-galanya berhubung kes (skandal) tersebut," katanya ringkas menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial 'WhatsApp' kepada mStar Online di sini, petang Rabu.
Adi bagaimanapun enggan mengulas panjang berhubung sidang media itu sebaliknya meminta pihak media hadir bagi mendapatkan penjelasannya.
Pada 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan
Adi dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman sosial Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.
Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu sehingga mendorongnya membuat laporan polis.
Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal untuk tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun Adi Putra dalam sebuah akhbar sebelum ini menafikan dia menggunakan pengaruh golongan VIP untuk menutup kes berkenaan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment