Antara laporan yang diterima The Malaysian Insider adalah bekalan makanan tidak cukup, kanak-kanak dan bayi menangis kesejukan manakala warga emas pula menggigil kerana terpaksa bertahan di dalam pusat pemindahan yang juga dimasuki air.
Sukarelawan pula tidak menang tangan apabila tempat penempatan banjir pun dinaiki air.
"Kami tak ada alternatif. Dia orang terpaksa bertahan dalam air. Kesian bayi dan warga emas la. Suasana gelap dan sejuk sangat malam ni.
“Bekalan air bersih pun kurang. Kami yang jadi sukarelawan ni petang tadi baru dapat makan sebab bekalan tak cukup," lapor seorang sukerelawan yang bertugas di Kuantan hari ini.
Yang lebih merisaukan mereka adalah banjir gelombang kedua yang dikatakan bakal datang.
"Info yang kami dapat gelombang kedua akan bermula malam ini," kata sukarelawan yang bertugas di Kuantan itu.
Gelombang kedua maknanya banjir akan naik lagi sekali. Petang ini, katanya, ada tempat air dah surut tetapi amaran gelombang kedua bermula malam ini.
Menurut beliau, Bukit Rangin, Kuantan ditenggelami air sepenuhnya.
Kawasan Sungai Isap, Jalan Gambang, Jalan Pekan, Permatang Badak dan Chendering adalah tempat yang paling teruk dilanda banjir kali ini.
"Sedih la tengok keadaan ni... sayu. Seharian kami tunggu bantuan tapi sampai sekarang belum ada lagi. Setakat petang tadi makan nasi kawah lauk ikan masin saja," katanya lagi.
Bagi beliau, ini adalah banjir besar yang teruk dengan kemusnahan harta benda besar besaran termasuk haiwan ternakan yang mati bergelimpangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meninggalkan Perhimpunan Agung Umno lebih awal untuk meninjau sendiri apa yang berlaku di sana menggunakan helikopter.
Beliau berjanji akan memberikan bantuan segera termasuk wang tunai untuk mangsa banjir kali ini.
Sementara itu, Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga melawat kawasan yang dilanda banjir di Kemaman.
Antaranya, baginda melawat sendiri jambatan yang runtuh akibat banjir kali ini.
Turut turun melawat mangsa banjir adalah para pemimpin PAS. Kebanyakan pemimpin Umno berada di Kuala Lumpur untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menaiki bot untuk melihat sendiri keadaan banjir di Kemaman.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment