Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu, penumpang van terbabit turut mengalami cedera ringan di tangan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah.
Menurut pemandu van, Reduan Lopos Abdullah, 43, berkata, dia dan isterinya, Suzana Ria Sulaiman, 30-an, baru pulang dari berniaga di pasar malam di Serting menuju ke rumah mereka di Tanjung Ipoh melalui Jalan Jemapoh.
“Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta Myvi memasuki simpang ke kanan menuju ke Juasseh Pekan dari arah Kuala Pilah.
"Sebelum itu saya memberikan lampu agar pemandu kereta tersebut tidak memasuki simpang tersebut kerana jarak van dengan kereta itu hanya 50 meter sahaja. Namun, semuanya sudah terlambat apabila pemandu wanita itu masuk ke simpang dalam keadaan terburu-buru dan akhirnya kenderaan kami bertembung," katanya.
Menurutnya, akibat pelanggaran kuat, kereta Myvi berkenaan terbabas ke kanan jalan.
“Walaupun saya telah cuba menekan brek tetapi van terus meluncur laju. Akibatnya van saya rosak teruk di bahagian depan, manakala kereta MYvi itu rosak teruk di bahagian sisi kiri.
Bagaimanapun, saya bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment