Turut menerima kereta baharu ini adalah, setiausaha kerajaan negeri, mufti negeri, penasihat undang-undang, speaker Dun dan juga pegawai kewangan negeri.
Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian kereta baharu ini tidak melibatkan dirinya berikutan beliau tidak pernah menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri.
“Sudah tiba masanya kereta lama kerajaan negeri itu ditukar baru memandangkan usia kereta Proton Perdana yang digunakan itu sudah melebihi 10 ke 12 tahun, malah ada di antaranya selalu rosak sehingga menyebabkan Exco kita terkandas di tengah-tengah lebuh raya.
“Kos penyelenggaraan kereta lama itu juga sangat tinggi. Tiga buah kereta yang diselengara sama harga dengan sebuah kereta baharu dan itu merupakan satu pembaziran.
“Saya yakin dengan penggunaan kereta baru ini, ia dapat mengurangkan kos penyelenggaraan, di samping menjimatkan wang untuk membaikinya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, dekat Wisma Negeri di sini, semalam.
Tambah Mohamad, kereta ini ditempah lama pada tahun lalu, iaitu sebelum model Proton Perdana baharu dilancarkan, dan kos keseluruhan bagi pembelian 15 kereta tersebut adalah berjumlah RM1.6 juta, di mana setiap kereta berharga RM110,000.
Dalam pada itu, Mohamad memberitahu semua elaun dan juga gaji Exconya masih kekal pada tahap sama, di mana tiada sebarang kenaikan dibuat setakat ini.
Katanya, tiada keperluan mendesak untuk menaikkan gaji serta elaun mereka buat masa ini, dan yakin ia masih lagi mencukupi.
Di MELAKA, sembilan kereta baharu jenis sama diterima timbalan Exco dan timbalan speaker kerajaan negeri, semalam.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kenderaan rasmi berkenaan disewa daripada anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd.
Menurutnya, menerusi pengalaman sebelum ini, kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dalam jumlah cukup besar.
“Kita menyewa kenderaan ini mengikut bulan dan bukan belian kerana sewaan lebih menguntungkan. Apabila rosak senang kita hantar penyelenggaraan kepada mereka,” katanya selepas mesyuarat Exco di Seri Negeri, semalam.
Sebelum ini timbalan Exco menggunakan kenderaan jabatan atau persendirian bagi menjalankan tugasan.
Katanya, kenderaan berkenaan sudah ditempah sejak tahun lalu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment