Menurut sumber yang dinyatakan di blog-blog dan page facebook mengatakan gambar itu dirakamkan di sekitar Rantau Panjang, Kelantan. Selepas kejadian kebakaran besar pada dua hari lalu (7/1/14) yang menyebabkan pasar musnah tetapi hanya surau tidak dijamah api.
Namun, setelah melakukan sedikit carian di google, ternyata isu ini disensasikan semula kerana yang sebenarnya gambar-gambar sami ini sudah ada sejak tahun 2009 lagi. Namun, tidak pula dapat dipastikan kenapa mereka berjemaah di dalam masjid ketika itu.
Ada yang mengatakan kedua orang sami ini berminat mendalami Islam seterusnya cuba mempelajari di Masjid seperti di dalam gambar. Mungkin ada benarnya dakwaan itu kerana sekeping gambar dibawah menunjukkan seolah-olah seorang guru agama sedang mengajar sesuatu kepada mereka berdua.
Dakwaan itu juga dikuatkan lagi apabila para jemaah dilihat seperti merelakan kedua sami ini berjemaah. Tetapi, status Sami ini masih menjadi tanya samaada telah masuk Islam ataupun tidak.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Assalam'alaikum.. Gambar ini diambil di Madrasah Darul Ma'arif di Satun, Thailand. 2 orang sami tu baru memeluk Islam, mereka solat selepas itu apabila waktu masuk. Tuan Guru itu memang sahabat baik saya. Alhamdulillah, menjadi bukti bahawa agama Islam sudah menambat agamawan Buddha.
January 9, 2014 at 7:55 PM
Alhamdulillah..
January 9, 2014 at 11:46 PM
Post a Comment