ONEXOX
BannerFans.com

Chef Wan tak puas hati hidangan Nasi Lemak "TELAN JANG" MAS

on Thursday, January 30, 2014

SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan? Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).



Menggelarnya sebagai ‘telanjangg’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.

Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:

“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telan jang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”

Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita … janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 12 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Owhhh my english


January 30, 2014 at 5:00 PM
Anonymous said...

Nasi Lemak Pak Amid Sungai Penchala the real nasi lemak heritage food.....Cuba dulu baru tau.....


January 30, 2014 at 5:43 PM
Anonymous said...

screw his english, atleast he's doing his job and plays his role as Duta Pelancongan Makanan Malaysia! Shame on you MAS.


January 30, 2014 at 6:58 PM
Unknown said...

Saya sebagai pekerja MAS agak kurang bersetuju dengan posting ini.. kerna gambar yg ditunjuk oleh chef itu bukan gambar penuh.. kerna timun dan ikan bilis diletakkan dlm bekas lain..


January 30, 2014 at 7:45 PM
Unknown said...

Betul tu,sy naik MAS bg economy class..,mmg ikn bilis dn kacang diletakkan dlm plastik yg berasingan...


January 30, 2014 at 9:11 PM
Unknown said...

Entah entah dia tak dapat kot yg other bekas..nak kata mas ok aja food dia compare to air asia..


January 30, 2014 at 9:53 PM
kukakiseni said...

Rakan sejawat yg baru balik dr Sabah kelmarin pun komplen perkara yg sama..memang ikan bilis dan kacang goreng diletakkan dlm bekas berasingan, tapi sekarang sudah tidak dibekalkan lg, hanya diberi nasi, sambal dan telur shj..kek buah yg sedap tu pun dah takde.tambang naik harga, mutu makanan makin merosot pula..


January 30, 2014 at 10:11 PM
zuladlee said...

MAS nak bankrupt dah skang


January 30, 2014 at 10:43 PM
Anonymous said...

Tnya la staf mas tu tdi betul kaa. Taun bila punya menu dia kata ikan bilis & timun letak asing2. Agaknya staf mas tu kja security guard kot. Sbb tu dia xperasan sbb menu tu dlm kapal terbang. Bkn kat canteen staf mas


January 30, 2014 at 11:25 PM
Anonymous said...

Saya dah naik MAS baru2 ni. Memang benar. Saya dapat menu nasi lemak berisi sambal dan telur refuse separuh. Takda ikan bilis takda timun takda kacang. Saya sering terbang ke serata negara atas urusan kerja dan perniagaan. Pengalaman naik
kapalterbang menunjukkan MAS antara yg sediakan mutu hidangan terburuk.


January 31, 2014 at 3:31 AM
Anonymous said...

Ada la ikan bilis dan kacang...yg tuduh2 ni pun bukan naik mas tp naik air asia...hampeh btol...so selidikla dulu sblm sebarkan...


January 31, 2014 at 9:51 AM
Unknown said...

Haa..gadohla korang..syukur malaysia masih aman


January 31, 2014 at 11:56 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved