Dalam kejadian pada 10 Januari lalu, remaja berusia 17 tahun itu dirogol oleh bomoh berusia 64 tahun semasa mereka dibiarkan berdua di dalam bilik di rumah bomoh terbabit di Kampung Belahan Tampok di sini kononya bagi urusan perubatan tradisional.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semasa kejadian mangsa tidak dapat mengelak daripada dirogol kerana diberitahu tindakan itu merupakan kaedah perubatan yang perlu dilakukan.
“Tindakan bomoh itu juga tidak disedari oleh keluarga mangsa yang berada di luar bilik sehingga mereka pulang ke rumah.
"Selepas lebih 24 jam, barulah mangsa mendedahkan ritual seks yang dilakukan terhadapnya kepada ibu dan bapanya sebelum laporan polis dibuat pada 13 Januari," katanya.
Din memberitahu, berikutan itu, polis menahan bomoh tersebut dan siasatan awal mendedahkan lelaki terbabit hanya menjadi pengamal perubatan tradisional sejak dua tahun lalu selepas berpindah dari Pahang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika disabit kesalahan,” katanya.
Din selain itu turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mendapatkan rawatan perubatan tradisional terutamanya melibatkan dua jantina berbeza bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment