Shalwati tidak mungkin ditahan sekiranya insiden ini berlaku hanya sekali, kata Stahre.
Stahre juga menjelaskan kepada Astro AWANI bahawa Shalwati berdepan dengan dua kes yang berbeza iaitu kes jenayah dan kes hak penjagaan sebagai seorang ibu.
Beliau juga menjangka dua senario yang berbeza iaitu samada tempoh reman dilanjutkan atau Shalwati dibebaskan. Apabila dibebaskan masih belum bermakna beliau boleh bertemu dengan anak-anaknya.
Kemungkinan pihak mahkamah turut mempertimbangkan isu percanggahan budaya antara Malaysia dan Sweden.
Shalwati ditahan kerana pihak berkuasa percaya ada risiko beliau akan lari dari Sweden dan ia akan mengganggu bukti serta kemungkinan beliau akan meneruskan kesalahan.
Stahre juga memberitahu bahawa beliau dijadualkan bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin pada 29 Januari di kedutaan Malaysia di Stockholm.
Kes Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin akan didengar pada 30 Januari ini. Rujuk video di sini
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment