Menurut Utusan Malaysia, permohonan maaf itu dibuat pada Majlis Muhibah yang dihadiri guru terbabit, Choi Yi Shan, 25, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, semalam.
“Saya terima dengan hati terbuka permohonan maaf ini. Harap-harap pihak lain yang ambil berat tentang kes ini dapat meredakan hati dan tidak diperbesarkan lagi sebab ini memang isu sensitif," kata Choi, yang masih merahsiakan nama Islamnya.
Phang dalam kenyataannya berkata, beliau dengan seikhlas hati meminta maaf secara peribadi kepada Choi dan masyarakat di Pekan Teluk Sengat serta umat Islam berikutan tindakannya itu.
“Dengan ini saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya.
Sementara itu, Chiew berkata, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan dan murid beragama Islam memakai tudung di sekolah tersebut kerana memahami bahawa memakai tudung adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh wanita Muslim.
“Sebagai guru besar saya pasti menghormati agama Islam dan guru serta murid beragama Islam tanpa mengira kaum. Sebagai penjawat awam, saya mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya janji akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati.
“Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata tidak munasabah yang diperkatakan secara tidak sengaja menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf," katanya.
Turut hadir dalam program berkenaan adalah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd Nazri Kasmin.
Sementara itu, Choi menganggap kes itu selesai dan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap karier sebagai pendidik dan seorang muslimah.
Beliau juga bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya bulan depan.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Choi dipaksa membuka tudungnya oleh ahli lembaga pengurus sekolah tempatnya mengajar.
Beliau kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan dipindahkan serta merta atas faktor keselamatan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment