ONEXOX
BannerFans.com

Isu Produk Double Stemcell Disahkan Tidak Halal Oleh Jakim

on Monday, January 20, 2014

Isu produk Double Stemcell disahkan tidak halal oleh JAKIM. Memetik dari petikan dari laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), pihaknya mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat PHYTOSCIENCE merupakan bukan pemegang sijil Halal Malaysia. Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama. Pihak Jakim turut memberi nasihat agar pengguna di luar khususnya berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.








Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Ticer Arie said...

tiada sijil halal bukan bermakna tak halal..


January 20, 2014 at 8:14 PM
Anonymous said...

cubaan menipu


January 20, 2014 at 9:03 PM
Anonymous said...

Pengikhtirafan antarabangsa dan dipatenkan 100% buah-buahan..Halal Jakim anytime akan dapat..tak payah risau...Kenapa Standard & Reputasi antarabangsa dipersoalkan. Was was jangan beli...tiada siapa paksa beli..cuma jangan menjatuhkan dengan omong kosong.


January 20, 2014 at 11:38 PM
Anonymous said...

Kenapa sebelum ni kata dah ada sijil halal...nk renew pulak tahun nie..


January 21, 2014 at 12:26 AM
Freedom Of Speech said...

Assalam. Isunya disini ialah penggunaan sijil halal tanpa kebenaran. Dari segi produk, makmal KKM sendiri mengesahkan tiada unsur haiwan dikesan dalam sample yg dikaji. kilang yg mengeluarkan produk ini juga mempunyai sijil halal kerana mengeluarkan pelbagai produk kesihatan yang lain. Untuk pengetahuan, produk ini dtg dari Switzerland dan dipek semula di malaysia. Produk ini juga telah mendapat kebenaran utk jualan di singapore kerana tiada unsur racun atau logam. Perlu diingatkan sgt susah utk mendapat kebenaran pasaran di Singapore kerana pemeriksaannya yg sgt ketat. Ramai yg telah mencuba produk ini dan kesannya sgt baik dan berbeza kebaikannya berbanding produk lain. Produk ini membantu membuang toksin dan membaiki fungsi organ seterusnya dpt meningkatkan kesihatan pengguna. Apa yg pihak syarikat perlu buat ialah memohon maaf dan cuba mendapatkan sijil halal dari JAKIM seberapa segera. Wassalam..


February 16, 2014 at 6:50 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved