Gambar menyayat hati menunjukkan seorang kanak-kanak tidur di sebelah kuburan ibu-bapanya didakwa berlaku di Syria dan telah menjadi viral di laman-laman sosial dan blog sejak beberapa bulan lalu.Namun jurugambar, Abdul Aziz Al-Otaibi mendedahkan bahawa gambar itu adalah miliknya dan bukannya berlaku di Syria.
Sebaliknya, gambar itu diambil di Arab Saudi dan merupakan satu projek seni beliau yang mahu menggambarkan kasih sayang seorang anak kepada ibu-bapanya yang sukar ditukar ganti.
Malah, kuburan itu bukanlah kuburan yang betul sebaliknya hanya longgokan batu sahaja. Kanak-kanak itu pula adalah anak saudaranya sendiri."Saya benar-benar terkejut bagaimana gambar saya dimanipulasi.
Gambar itu langsung tiada kena mengena dengan Syria" Kata Otaibi."Saya benar-benar marah dengan perkara ini. Ia tidak adil untuk mengambil gambar saya dan menggunakannya untuk propaganda anda." tambahnya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment