ONEXOX
BannerFans.com

Kecoh Kononnya Nurul Izzah Tuntut Cerai

on Wednesday, January 22, 2014

PETALING JAYA: Ruang siber digemparkan dengan khabar angin mengenai rumah tangga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang dikatakan menuntut cerai daripada suaminya.

Nurul Izzah dikatakan membuat permohonan cerai secara fasakh menerusi satu tuntutan di sebuah mahkamah syariah pada akhir Disember tahun lalu.

Suami beliau, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, dipercayai telah menerima tuntutan itu pada 16 Januari lalu dan memohon penangguhan selama dua minggu bagi membolehkan beliau menyediakan kesnya.



Nurul Izzah dan Raja Ahamd Shahrir Iskandar tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung dakwaan berkenaan.

Usaha pihak The Star Online mendapatkan pengesahan wanita itu kira-kira pukul 11.40 pagi Khamis tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat ke atasnya terputus selepas dua kali berbunyi.





Nurul Izzah, 33, dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, berkahwin pada 9 Mei 2003.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Bandaraya, dekat sini.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki yang berusia empat tahun.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved