Marinatasha Isnariah Mustapar, 33 sebak ketika menceritakan ketika beliau diminta turun daripada pentas oleh seorang wakil syarikat yang menjemputnya menyanyi dengan alasan beliau bertudung.
Beliau yang pertama kali tampil memberi penjelasan kepada media berkata, kejadian itu tidak seharusnya berlaku di negara ini.
"Pada waktu kejadian saya telah berada di atas pentas tapi terpaksa mengemaskan peralatan di hadapan 100 orang tetamu. Anda semua boleh bayangkan bagaimana perasaaan saya pada itu.
"Saya rasa amat terhina. Perkara ini tidak seharusnya berlaku di Malaysia. Saya rasa amat malu tapi saya terpaksa akur dan turun," kata Marinatasha sebak.
Dalam pada itu Pengarah Urusan Casmet Sdn. Bhd, Tan Keh Wah memohon maaf atas kejadian yang berlaku semasa pertemuan dengan penyanyi tersebut di Bukit Damansara hari ini.
Selain itu satu perjumpaan juga akan diadakan antara Marinatasha dan Pengarah Kewangan Casmet, Sharon Yong.
"Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Kontrak asal tidak menyembut Marinatasha sebagai penyanyi sebaliknya pihak ketiga menamakan penyanyi lain.
"Namun kita akan memenuhi permintaan Marinatasha untuk bersemuka dengan Sharon bagi mendengar penerangan dari beliau," jelas beliau dipetik Utusan Malaysia.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment