ONEXOX
BannerFans.com

Terbuka Malaysia: Chong Wei Iringi Beregu Negara Ke Pentas Separuh Akhir

on Friday, January 17, 2014

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu kedua negara, Goh V Shem dan Lim Khim Wah mencatat kemenangan ke atas beregu England, Langridge Chris/ Millis Peter 21-16 21-14 pada aksi suku akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, Jumaat.

Kemenangan straight set ini melayakkan beregu negara ini mara ke separuh akhir yang akan berlangsung pada Sabtu.



V Shem/Khim Wah bakal berdepan dengan pasangan dari Indonesia, Pratama Angga/Saputra Ryan Agung yang turut menewaskan beregu pilihan kelima dari Korea Lee Yong Dae/ Yoo Yeon Seong, 22-20 21-16.





"Saya gembira dengan keputusan ini dan bagi perlawanan separuh akhir nanti, kami akan cuba yang terbaik.

"Kami ada mengkaji permainan pasangan Indonesia dan akan memberi perhatian di bahagian depan kerana mereka suka menghantar servis di bahagian ini," kata V Shem selepas perlawanan.

Pada Terbuka Korea minggu lalu, V Shem/Khim Wah terkandas aksi suku akhir kepada Mathias Boe dan Carsten Mogensen 21-10 21-9.

Dalam kejohanan tersebut, bintang badminton negar, Datuk Lee Chong Wei turut mengiringi beregu terbabit apabila mencatakan kemenangan menang mudah keatas pemain China, Du Pengyu 21-9 21-15.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved