“Allahyarham ketika itu kelihatan biasa bermain dengan sepupunya tidak jauh daripada pandangan saya apabila secara tiba-tiba kami terdengar benda jatuh menyebabkan semua orang tergamam.
“Dalam keadaan kelam-kabut itu, kami dapati Allahyarham dihempap dinding konkrit yang runtuh itu dan berlumuran darah,” kata Fadzilah Mahmad Wi, 35, ibu saudara kepada Muhammad Amirul Haikal Mohd Nor, 6, yang maut ditimpa dinding konkrit sisa kebakaran rumah nenek setinggi kira-kira dua meter di hadapan rumahnya di Kampung Geting, di sini, Jumaat lalu.
Ketika kejadian, dia berada di rumah baru nenek bersama beberapa ahli keluarga dan sempat melihat mangsa bermain di tempat kejadian.
Menurutnya, suasana kemudian bertukar kelam-kabut apabila terdengar bunyi objek berat itu jatuh sebelum menyedari mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan terhimpit di bawah dinding konkrit berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment