ONEXOX
BannerFans.com

Siling Klana Resort tidak runtuh tetapi sengaja dirobohkan untuk tujuan keselamatan

on Sunday, February 2, 2014

SEREMBAN - Siling di lounge Klana Resort Seremban, dekat sini, bukan runtuh seperti dihebohkan, sebaliknya ia sengaja dirobohkan untuk tujuan keselamatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rahang, Zakaria Amat berkata, pihak pengurusan resort berkenaan telah dinasihatkan supaya meruntuhkan siling berkenaan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini selepas terdapat kebocoran pada paip atas siling lounge berkenaan yang dikesan kira-kira 6 petang, Jumaat lalu.

“Pihak bomba dihubungi pengurusan hotel untuk membuat pemeriksaan dan kita mendapati berpunca daripada kebocoran paip pemadam api.



“Kita kemudian cuba untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup paip tersebut, namun disebabkan keadaan itu tekanannya menjadi makin tinggi sekali gus menyebabkan lebih banyak air keluar.

“Oleh demikian, kita nasihatkan pihak pengurusan resort supaya memecahkan siling di bahagian lounge hotel untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku membabitkan siling di hotel berkenaan bukan disebabkan runtuh akibat kemalangan, sebaliknya sengaja diruntuhkan untuk tujuan baik pulih.

“Kerja-kerja bagi meruntuhkan siling di bahagian lounge hotel berkenaan dilakukan kira-kira jam 10 pagi semalam (kelmarin),” katanya di sini, semalam.

Penjelasan Zakaria itu sekali gus menafikan khabar angin termasuk yang disebar dalam laman sosial, kononnya siling hotel berkenaan runtuh.





Sementara itu, tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, kerja-kerja pembaikan sedang giat dilaksanakan.

Bagaimanapun, Pengurus Besar Klana Resort Seremban, Danny Malik ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved