ONEXOX
BannerFans.com

Cara Membuat Tuntutan I-BR1M Perlindungan Insuran

on Thursday, February 20, 2014

Cara membuat tuntutan atau menuntut caruman i-Br1m perlindungan insuran nyawa. i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i- BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan.



Syarat Kelayakan i-BR1M


  • Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketuakeluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M.
  • Penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.


Manfaat i-BR1M

(klik imej untuk paparan lebih jelas)



Cara Buat Tuntutan i-BR1M

Borang tuntutan i-BR1Mboleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:
a. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
b. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my

Dokumen Diperlukan

(klik imej untuk paparan lebih jelas)



Pembayaran i-BR1M

Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved