Majistret Muhammad Najib Ismail memerintahkan Shamsul Azlan Saad, 28, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 25 Januari lalu selepas dia mengaku bersalah.
"Hukuman ini dibuat setelah mengambil kira faktor kepentingan awam. Tertuduh tiada rekod jenayah lampau. Kalau kita seorang yang betul, iman kita kuat, kita tak akan tergamak mencuri duit tabung surau.
"Mungkin ada masalah dengan iman kamu. Jadi, elok kamu kaji balik hubungan kamu dengan Allah dan manusia. Semoga dalam tempoh kamu di dalam penjara nanti, kamu dapat muhasabah diri kamu," kata Muhammad Najib.
Tertuduh yang bekerja sebagai pencuci pinggan sambilan mencuri RM250 duit tabung Surau An Nur di Bukit Gedung, Bayan Baru di sini pada 4 pagi, Sabtu lepas.
Shamsul Azlan yang juga menghidap sawan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di mahkamah yang sama dua lelaki mengaku tidak bersalah meragut rantai leher seorang wanita di Bayan Lepas, di sini pada 14 Januari lepas.
S. Vinod Kanna, 32, dan K. Jaysigan, 34, didakwa secara bersama melakukan rompakan berkumpulan terhadap Gan How Hiong, 49, dengan meragut rantai lehernya di Jalan Lengkok Mahsuri 7, Bayan Lepas di sini pada 2.30 petang.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh memohon mahkamah supaya tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas alasan kepentingan dan keselamatan orang awam.
Muhammad Najib membenarkan Vinod Kanna dan Jaysigan tidak diikat jamin dan menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment