Berita menyedihkan itu disahkan kakak sulung arwah, Suryane, 35, yang memberitahu Harian Metro adiknya itu meninggal dunia jam 5.15 petang, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Muka depan Harian Metro pada 22 Januari lalu melaporkan kejadian jam 1.30 pagi itu berlaku di rumah dihuni ibu mangsa, Som Dollah, 62, serta Saliza bersama tiga anak mangsa berusia satu hingga lima tahun. Som dipetik sebagai berkata, dia menyaksikan suspek menyimbah sesuatu ke arah Saliza dan menyalakan api.
Akibat kejadian itu, Saliza yang juga ibu tunggal melecur hampir 85 peratus tubuhnya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Kebakaran HKL.
Anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan yang tidur bersama wanita itu di dalam bilik juga dirawat di HKL akibat melecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan.
Laporan memetik Som yang turut melecur di tangan kanan berkata, dia mengenali suspek dan percaya lelaki itu bertindak membakar anaknya kerana berang akibat cinta ditolak.
Menurutnya, suspek memang sering ke rumahnya meskipun selepas mangsa putuskan hubungan cinta dengan lelaki itu yang panas baran.
“Sebelum ini, dia pernah menjerut leher Saliza dan dalam satu kejadian lain dia pernah cuba menikam anak saya. Kali ini dia bakar pula anak saya hidup-hidup,” katanya dalam laporan Harian Metro, sebelum ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment