Awal petang tadi, Ashraf Muslim menerusi akaun Facebook beliau memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan kehadiran kedua dua isterinya ke lapangan terbang untuk menghantar dirinya (?) yang bakal menunaikan umrah.
Lebih menarik, buat pertama kali Ashraf Muslim sudi untuk mengambil gambar bersama kedua dua isterinya untuk tatapan ramai dan tindakan ini menarik perhatian para peminat yang melihat.
“Saya akan bertolak ke Tanah Suci sebentar lagi. Syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi. Saya sayang kamu berdua. Doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat. Allah akan sentiasa bersama kita,” tulis Ashraf Muslim.
Rata rata peminat yang meninggalkan komen berkata mereka lega dengan perkembangan positif rumahtangga Ashraf Muslim selain memuji kedua dua isterinya yang tidak menimbulkan drama walaupun berkongsi kasih sayang suami. Berikut gambar untuk tatapan anda.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
http://aans1.blogspot.com
February 5, 2014 at 10:16 PM
Post a Comment